Page 11 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 11
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H BERSAMAAN 2023M
Kata Alu-Aluan
YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
ميحرلا نمحرلا الله مسب
َّ
َ
َّ
َ
َ
ّ َ َ َ
َ
ْ َ
ُ َ
َ
ْ
ً َ ُ
َّ
هيلع الله ىلص ادمحم انيديس قلخ يذلا هلل دمحلا
ِ
ِ
ِ ِ
َ
ّ
َ ْ ً
َّ ً ْ ُ َ
َ
َ َ
َ
َ ْ
َ ْ َ
نيعمجأ سانلل ةودقو نيلاعلل ةمحر ملسو
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan InayahNya sekali lagi dapat kita menjayakan penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1445H bersamaan 2023M.
Sesungguhnya kelahiran Rasululllah SAW telah menyinari kehidupan manusia. Selain diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia, baginda juga berjaya menyatupadukan bangsa Arab yang sekian
lama bersengketa. Qudwah terbaik yang ditonjolkan Baginda SAW dirakamkan dalam firman Allah SWT
dalam surah al-Ahzab ayat ke 21 yang bermaksud;
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang
terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik)
di hari akhirat”
Bertepatan dengan Tema Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini iaitu ‘Perpaduan Teras Malaysia
Madani’, maka saya menyeru marilah kita hayati sunnah Baginda SAW sebagai panduan. Suburkanlah
risalah dakwah bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dibuktikan melalui perbuatan jua. Eratkan
perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia kerana risalah dakwah yang
dibawa oleh Baginda SAW adalah risalah yang paling sempurna dan memenuhi keperluan manusia di
pelbagai zaman dan suasana.
10

