Page 12 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 12
8. Wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan
kemahiran kewartawanan secara berterusan
Perkembangan teknologi dan evolusi landskap media memerlukan
wartawan untuk berusaha meningkatkan kemahiran secara
berterusan agar profesionalisme dalam bidang ini dapat dikekalkan,
termasuk meningkatkan pemahaman tentang undang-undang
Malaysia yang boleh dijadikan panduan kepada wartawan untuk
menjalankan tugas dengan penuh integriti.
KESIMPULAN
Prinsip yang telah disebutkan merangkumi nilai etika dan tanggungjawab
yang perlu dipegang oleh wartawan dalam melaksanakan tugas
mereka demi mendukung pembentukan masyarakat yang makmur dan
berinformasi. Semua pengamal media yang memiliki Kad Perakuan
Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)
perlu melaksanakan prinsip dalam Kod Etika Wartawan Malaysia ketika
menjalankan tanggungjawab mereka.
7

