Page 12 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 12
Infomesen | 12 Inisiatif Kerajaan
APA
KATA
MEREKA?
BAS.MY
Oleh: Lee Nyuk Lan / Norhafizah Yusof
Nama: Bungkong Gangga
Umur: 71
Bangsa: Iban
Pekerjaan: Pemandu BAS.MY
“Sebagai pemandu BAS.MY ini, saya amat berbangga
dapat menjadi sebahagian daripada sistem
pengangkutan awam yang menyokong mobiliti rakyat
Malaysia.
Saya dibayar sebanyak RM50 bagi setiap trip perjalanan
dalam sehari, dan sistem ini amat membantu saya dalam
mencari rezeki secara konsisten.
Dengan kadar bayaran tetap ini, saya tidak perlu
risau tentang jumlah penumpang yang menaiki bas
kerana pendapatan harian saya tetap terjamin.
Ia memberi ketenangan dan motivasi untuk saya
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,
memastikankeselamatan, keselesaan dan ketepatan
masa setiap penumpang terjamin.
Saya sentiasa mematuhi jadual perjalanan, menjaga etika kerja dan berusaha memberikan layanan mesra
kepada semua pengguna bas. Sokongan daripada pihak pengurusan dan penumpang memberi semangat
kepada saya untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kelancaran pergerakan harian masyarakat.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan kerana memberi
saya peluang untuk berkhidmat sebagai pemandu bas di bawah inisiatif BAS.MY. Sokongan kerajaan ini amat
bermakna buat saya dan keluarga, dan saya bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi
kesejahteraan rakyat.”

