Page 14 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 14

Infomesen | 14                                                                           Inisiatif Kerajaan


                                           Nama: Danji Kanti
                                           Umur: 61
                                           Bangsa: Iban
                                           Pekerjaan: Pemandu BAS.MY

                                           “Sebagai warga emas, saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang
                                           untuk berkhidmat sebagai pemandu bas di bawah program BAS.MY.

                                           Laluan sekitar bandaraya Kuching ini bukan sahaja penting untuk penduduk
                                           setempat, malah memberi saya ruang untuk terus menyumbang kepada
                                           masyarakat.

                                           Perkhidmatan ini bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah yang
                                           perlu saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan
                                           keselamatan dan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.”

        Nama: Vincent Tingang
        Umur: 53 Tahun
        Bangsa: Bidayuh Iban
        Pekerjaan: Pemandu BAS.MY

        “Program BAS.MY benar-benar membuka ruang untuk saya terus
        menyumbang kepada masyarakat sambil mencari rezeki yang halal.

        Saya dapat jalankan tugas dengan ikhlas dan pastikan selamat
        mereka sampai ke destinasi.

        Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif ini. Ia bukan sekadar
        pekerjaan, tapi satu penghormatan buat kami yang ingin terus
        berbakti.

        Saya berharap agar perkhidmatan ini dapat dikekalkan dan
        diperluaskan ke lebih banyak kawasan, terutamanya ke kampung-
        kampung yang masih kurang akses kepada pengangkutan awam.

        Ramai penduduk luar bandar yang bergantung kepada bas untuk ke
        bandar, bekerja atau mendapatkan rawatan.

        Saya juga menyeru agar pihak berkenaan dapat mengiklankan jadual
        perjalanan bas ini secara lebih meluas di media sosial, televisyen dan
        radio. Ramai yang masih tidak tahu waktu sebenar bas beroperasi di
        tempat tertentu, dan maklumat yang jelas pasti akan memudahkan
        lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan ini.”



                                            Nama: Ana Hushien
                                            Umur: 54
                                            Bangsa: Melayu
                                            Pekerjaan: Suri rumah

                                            “Saya memang suka berjalan bila ada masa terluang, dan perkhidmatan
                                            BAS.MY dari Bau ke Kuching sangat memudahkan saya untuk keluar
                                            bersiar-siar.

                                            Kadang-kadang saya ke Kuching sekadar nak makan angin, tengok
                                            suasana bandar dan nikmati makanan yang sedap-sedap.

                                            Tambangnya berpatutan, basnya selesa dan saya rasa selamat sepanjang
                                            perjalanan.


                                            Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan ini,
                                            ianya bukan sahaja untuk urusan penting, tapi juga untuk kami yang ingin
                                            menikmati hidup dengan cara yang sederhana.”
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19