Page 15 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 15

Inisiatif Kerajaan                                                                     15  | Infomesen

        Nama: Yong Kui Choon
        Umur: 50
        Bangsa: Cina
        Pekerjaan: Pekerja Swasta

        “Setiap hari selepas habis kerja, saya menaiki BAS.MY untuk pulang ke rumah di
        Taman Malihah.


        Perkhidmatan ini sangat membantu saya menjimatkan masa dan kos perjalanan.
        Basnya selesa, pemandu pun mesra, dan saya rasa lebih selamat berbanding
        menunggu pengangkutan lain.

        Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan ini.

        BAS.MY benar-benar memudahkan urusan harian saya sebagai wanita yang
        bekerja perlu ulang-alik setiap hari.”


                                              Nama: Karen
                                              Umur: 23
                                              Bangsa: Cina
                                              Pekerjaan: Pekerja Swasta

                                              “Saya ambil cuti satu hari semata-mata untuk merasai sendiri
                                              pengalaman menaiki bas ini, selepas dengar cerita daripada adik saya
                                              betapa selesanya perkhidmatan BAS.MY,” kata Karen yang berasal
                                              dari Bau.

                                              Beliau bersama ibu dan adiknya meluangkan masa sehari menaiki bas
                                              dari Bau ke Kuching sebagai satu aktiviti santai keluarga.

                                              “Memang tidak dapat dinafikan, bas ini sangat selesa dan
                                              menyenangkan. Perkhidmatan ini banyak membantu penduduk sekitar
                                              Kuching dan Bau, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu pening
                                              kepala mencari tempat letak kereta. Dengan warna merah jambu
                                              yang menarik dan jadual perjalanan yang teratur, BAS.MY bukan sahaja
                                              praktikal, tetapi juga menyeronokkan untuk dinaiki.”

         Nama: Liew Moy Choo
         Umur: 75
         Bangsa: Cina
         Pekerjaan: Pekerja Swasta


         “Memang jauh beza berbanding dengan bas awam
         yang ada sebelum ini,” puji Liew Moy Choo, seorang
         pesara warga emas yang ditemui di lokasi.

         “Dulu, saya terpaksa tunggu lama-lama di stesen
         bas, dan belum tentu bas akan datang. Kadang-
         kadang terpaksa batalkan rancangan sebab tiada
         pengangkutan. Tapi sekarang, dengan adanya BAS.
         MY, saya tak perlu risau lagi. Bas sentiasa ada, satu
         jam satu trip dan sangat menepati masa.

         Sebagai warga emas yang tidak pandai memandu,
         perkhidmatan ini amat memudahkan saya untuk
         keluar jalan-jalan tanpa perlu harapkan anak atau
         saudara mara untuk menghantar. Terima kasih
         kepada kerajaan atas inisiatif ini, ianya benar-benar
         memberi makna kepada kami yang ingin kekal aktif
         dan berdikari.”
                                           BAS.MY
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20