Page 13 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 13

Inisiatif Kerajaan                                                                     13  | Infomesen

                                                       Nama: Fatimah Mohamad
                                                       Umur: 68
                                                       Bangsa: Melayu
                                                       Pekerjaan: Suri rumah

                                                       “Perkhidmatan bas ini untuk memudahkan penduduk
                                                       Kuching. Contohnya, mereka yang hendak pergi ke Bau,
                                                       mereka boleh menaiki bas ini.

                                                       “Sebagai warga emas, perjalanan jauh bukanlah mudah,
                                                       tetapi bas ini sangat selesa dan saya bersyukur dengan
                                                       adanya perkhidmatan BAS.MY dari Kuching ke Bau
                                                       memudahkan saya untuk melawat anak yang tinggal di Bau.

                                                       Tambang  yang  berpatutan  dan jadual  perjalanan  yang
                                                       teratur amat membantu saya merancang perjalanan tanpa
                                                       perlu bergantung kepada orang lain.

                                                       Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan
                                                       kemudahan ini, ianya benar-benar memberi makna kepada
                                                       kami yang ingin kekal dekat dengan keluarga walaupun
                                                       jarak memisahkan. Namun, saya berharap agar laluan bas
                                                       ini dapat diperluaskan hingga ke kampung-kampung untuk
                                                       memudahkan perjalanan harian kami.”



        Nama: Juoana Elly
        Umur: 23
        Bangsa: Iban
        Pekerjaan: Pelajar

        “Sebagai pelajar SIDMA Kolej Sarawak, saya
        amat bersyukur dengan adanya perkhidmatan
        BAS.MY dari Bau ke Kuching.

        Perjalanan rutin saya adalah dari Kampung
        Grogo, Bau ke SIDMA Kolej, Kuching.

        Perkhidmatan BAS.MY ini amat memudahkan
        saya untuk ke kolej setiap minggu tanpa perlu
        membebankan keluarga. Tambang yang
        berpatutan dan perjalanan yang selesa
        memberi saya keyakinan untuk terus belajar
        dan mengejar cita-cita.

        Terima kasih kepada kerajaan kerana
        menyediakan kemudahan ini, ianya benar-
        benar membantu pelajar luar bandar seperti
        saya untuk terus melangkah ke hadapan.”



        Nama: Napsiah Mut
        Umur: 46
        Bangsa: Melayu
        Pekerjaan: Penjaja di Stesen Bas Serian

        “Saya sangat bersyukur kerana adanya BAS.MY ini memudahkan kami anak beranak untuk pergi ke jalan-jalan
        di sekitar Samarahan dari Serian tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas kalau menggunakan kenderaan
        sendiri.

        Kemudahan ini juga amat selesa dan saya sangat berpuas hati. Terima kasih kerajaan kerana memberikan
        kemudahan pengangkutan yang terbaik ini dan kami berharap agar kemudahan ini dilanjutkan sampai bila-
        bila demi kesenangan orang awam.”
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18