24
MENTARI
OGOS
2015
ZAHIR RASA CINTA NEGARA
DENGAN KIBAR
Jalur Gemilang
Oleh: Raduan bin Tambi
T
ahun ini sekali lagi seluruh rakyat Malaysia
berpeluang
meraikan
sambutan
Hari
Kebangsaan 2015. Sudah menjadi kelaziman
sambutan Hari Kebangsaan akan diserikan
dengan kempen kibar jalur gemilang. Antara lain
objektif kempen ini ialah untuk mengajak rakyat
mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perayaan
ini sekali gus memupuk dan menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
supaya melahirkan masyarakat yang mencintai serta
menyayangi negara Malaysia. Bertemakan Malaysia
#sehatisejiwa cukup signifikan untuk menyemai
semangat cintakan negara. Inilah saja cara yang
termampu kita zahirkan sebagai tanda cinta kita
kepada negara .
Kita mungkin tidak segagah pejuang terdahulu
untuk menghunus keris atau mengangkat senjata
melawan musuh sebagaimana yang telah dilakukan
oleh anggota keselamatan semasa bertempur
dengan pengganas Sulu ketika insiden pencerobohan
di Lahad Datu. Mereka sanggup berkorban nyawa
demi mempertahankan bumi Malaysia walau pun
seinci daripada dikuasai oleh musuh. Kita juga tidak
setabah isteri-isteri yang telah kehilangan suami
yang terkorban dalam insiden berkenaan. Namun,
kita masih mampu untuk mengerakkan kudrat
mengibar Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa
cinta kita kepada Negara. Mungkin mudah untuk
diperkatakan tetapi amat berat untuk dijayakan
kalau tidak dengan semangat yang jitu dan padu.
Justeru, pelbagai program telah diatur dan
dilaksanakan oleh agensi kerajaan untuk mengajak
masyarakat menjayakan kempen ini. Jabatan
Penerangan Malaysia (JaPen) antara agensi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
yang bertanggungjawab memastikan kempen ini
mendapat penyertaan daripada masyarakat. Antara
program yang dilaksanakan ialah Kembara Merdeka
Jalur Gemilang, pertandingan Keceriaan Merdeka dan
pameran Kemerdekaan. Sebagai menandakan rasa
UMUM




