Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  22 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 32 Next Page
Page Background

20

MENTARI

OGOS

2015

“C

ukuplah sudah pengalaman lalu hidup

ketakutan dan dikacau oleh mundu

(lanun),” kata Sabaldati Jelani, salah

seorang pemuda Pala’u (Bajau Laut) yang berusia

lingkungan 30-an dan tinggal di Pulau Sibuan,

Semporna bersama ahli keluarganya.

Zaman kanak-kanaknya, Sabaldati terpaksa

melalui sejarah hitam apabila ayahnya dibunuh oleh

sekumpulan mundu yang datang ‘bertamu’ ke pulau

untuk mengambil bekalan makanan dan barang-

barang berharga milik penduduk kampung.

Sabaldati berkata pengalamannya pada masa itu

cukup menjadikannya fobia kerana setiap kali tiba

waktu malam, mereka terpaksa berhati-hati dan

tidak dapat tidur dengan nyenyak akibat gelisah jika

ada mundu yang datang ‘menyerang’.

“Cukuplah

pengalaman

hidup dalam

ketakutan”

UMUM

Oleh: Amir Anuar

“Kalau melihat mereka (mundu) datang, kami

terpaksa lari bersembunyi meninggalkan rumah dan

membiarkan sahaja mereka mengambil makanan

dan barang-barang lain kerana kalau melawan kami

akan dipukul atau dibunuh.

“Lebih baik kami biarkan sahaja mereka (daripada

melawan), sebab nyawa lebih penting daripada

makanan atau barang-barang yang mereka ambil,”

katanya ketika ditemui penulis pada ProgramKembara

Media 1Malaysia di Pulau Sibuan, 16 Mei lalu.

Anggota tentera yang bertugas menjaga keselamatan sempadan negara

di Pulau Sibuan.