Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  24 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 24 / 32 Next Page
Page Background

22

MENTARI

OGOS

2015

Selain Pulau Sibuan, rombongan Kembara Media

1Malaysia turut berkesempatan singgah di Pulau

Boheydulang, namun rancangan melawat ke Pulau

Selakan terpaksa dibatalkan kerana paras air laut

yang cetek dan ditukar ke perairan Pulau Maiga.

Rombongan media dibawa ke beberapa lokasi

menarik seperti pusat penanaman rumpai laut

(Semporna), perusahaan amplang (Tawau) serta

lokasi yang pernah menjadi medan pertempuran

akibat pencerobohan militan di Tanduo dan Tanjung

Labian, Lahad Datu.

Sekali gus, memberikan ruang kepada pengamal

media melihat dan menyelami sendiri situasi

sebenar yang berlaku di ketiga-tiga daerah terbabit

hasil pertemuan-pertemuan bersama pemimpin-

pemimpin dan penduduk-penduduk tempatan.

PERINTAH BERKURUNG

Semenjak mula diumumkan pada 19 Julai 2014,

iaitu lebih setahun yang lalu, perintah berkurung kini

masih dikuatkuasakan di Zon Selamat Timur Sabah

(Esszone) meliputi Tawau, Kunak, Semporna, Lahad

Datu, Sandakan dan Kinabatangan.

Ada yang khuatir perkembangan itu sedikit

sebanyak memberikan kesan negatif ke atas sektor

pelancongan dan perikanan laut dalam kerana

tidak dapat beroperasi pada jarak tiga batu nautika

dari pantai seperti lazimnya antara jam 7 malam

sehingga 5 pagi.

Lebih-lebih lagi sepanjang pengenalan perintah

berkurung itu juga, beberapa kes penculikan dan

cubaan untuk menculik tebusan dalam kalangan

pelancong warga asing dan ahli perniagaan

menggemparkan komuniti Esszone.

Namun, di sebalik senario terbabit, pelaksanaan

perintah berkurung kini menunjukkan perkembangan

positif apabila Kawasan Khas Keselamatan

Pantai Timur Sabah (Esscom) sudahpun berhasil

menggagalkan tujuh percubaan culik dan tebusan

semenjak 2014.

Keyakinan komuniti Esszone juga kian kukuh,

malah, menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk

Jalaluddin Abdul Rahman, permintaan banyak

pihak antara faktor keputusan melanjutkan perintah

berkurung dijalankan selain mengambil kira situasi

keselamatan.

NIKMAT MERDEKA

Usaha berterusan kerajaan dan pasukan

keselamatan dalam memastikan ketenteraman,

keamanan dan kemakmuran negara dapat berterusan

dinikmati rakyat yang merdeka, wajar mendapat

sokongan dan dukungan tidak berbelah-bahagi

semua pihak.

Pendedahan yang pernah dikongsikan oleh Datuk

Jalaluddin dan Komander Esscom Datuk Abd Rashid

Harun bahawa wujud tali barut yang bersekongkol

dengan jenayah rentas sempadan melibatkan kes

penculikan dan tebusan amat menggemparkan.

Sejarah sudah membuktikan betapa kehadiran

petualang, pembelot dan tali barut bisa

menghancurkan kedaulatan sesebuah negara, justeru

amat penting usaha berterusan memantapkan

pengisian semangat patriotik rakyat cintakan negara

diperhebatkan.

Sabaldati sudah merasakan betapa peritnya

hidup dilanda ketakutan dan kita tidak mahu

pengalamannya itu berulang, apatah lagi merebak

sehingga membuatkan penjenayah ataupun militan

ataupun sebarang pihak bermaharajalela di negara

kita yang merdeka.

Luahan harapan Sabaldati adalah gambaran

cita-cita rakyat yang ‘Sehati Sejiwa’ cintakan

kedamaian untuk melihat negara ini kekal aman

dan merdeka.

M

UMUM

Masyarakat Pala’u berkumpul di hadapan rumah Sabaldati untuk meraikan

rombongan Kembara Media 1Malaysia.

Petugas media mengambil sudut terbaik masing-masing semasa merakamkan aksi lelaki tua

di Pulau Sibuan memasak kima.