Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  23 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 32 Next Page
Page Background

21

KINI HIDUP LEBIH AMAN

Selepas lebih 15 tahun berlalu, Sabaldati

berkata kehidupan mereka pada hari ini lebih

aman, terutamanya selepas pasukan keselamatan

mendirikan pos kawalan di pulau itu berikutan kes

penculikan di Pulau Sipadan pada tahun 2000.

Walaupun kini arahan perintah berkurung

dikuatkuasakan oleh kerajaan, namun Sabaldati

berasa gembira kerana mereka masih bebas

menjalankan aktiviti seharian dengan lebih tenang

termasuk keluar memancing ikan pada sebelah

malam.

Malah, Sabaldati turut gembira kerana berpeluang

belajar Bahasa Melayu dengan anggota pasukan

keselamatan yang bertugas di Pulau Sibuan,

sekaligus menjadikan dirinya seringkali diminta

menjadi jurucakap penduduk di pulau itu.

Keadaan itu jelas berbeza berbanding semasa

Sabaldati dan ahli keluarganya dilanda gelisah saat

tercetusnya isu Tanduo dan peristiwa berdarah

Simunul pada 2013, sehingga mereka pernah

merancang mahu berpindah ke Pulau Tungku,

Lahad Datu.

Menurutnya, mereka sentiasa mengalu-alukan

kehadiran orang luar termasuk pelancong ke pulau

itu kerana berasa gembira apabila ada ‘tetamu yang

baik’ melawat mereka, lebih-lebih lagi membolehkan

mereka berasa ‘dekat dengan dunia luar’.

PULAU SIBUAN DAN PALA’U

Persinggahan di Pulau Sibuan membolehkan

rombongan Kembara Media 1Malaysia mendekati

komuniti Pala’u ini yang handal di laut namun tidak

lagi ‘hidup’ di perahu atau hidup secara nomad

berpindah-randah seperti sebilangan orang Pala’u

yang lain.

Pulau Sibuan adalah salah satu daripada 49

pulau di Semporna serta didiami oleh kira-kira 100

penduduk tetapi hanya terdapat lapan buah rumah

di pulau itu selain sebuah pos kawalan tentera dan

sebuah Pejabat Taman-Taman Sabah.

Setiap rumah penduduk di Pulau Sibuan pula

dihuni bilangan ahli keluarga yang besar, misalnya

Sabaldati tinggal bersama 18 ahli keluargnya di

sebuah rumah kayu yang beratap nipah tanpa

menikmati kemudahan asas bekalan elektrik ataupun

air bersih.

Sabaldati dan masyarakat Pala’u di pulau

itu juga rata-ratanya tidak mempunyai sebarang

kewarganegaraan (stateless), malah mereka juga

tidak bersekolah serta sukar untuk menemui

penduduknya yang boleh berbahasa Melayu seperti

Sabaldati.

Corak kehidupan masyarakatnya pula masih

berorientasikan cara tradisional dan bergantung

sepenuhnya dengan hasil laut seperti memancing

ikan, mencari kimah, siput, agar-agar dan lato’

(rumpai laut yang mudah didapati di perairan Pantai

Timur Sabah).

KEMBARA MEDIA 1MALAYSIA

Tumpuan program difokuskan kepada isu

keselamatan, ekonomi dan kebudayaan serta

diadakan secara kerjasama antara Jabatan

Penerangan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah

serta pihak berkuasa tempatan dan syarikat

berkaitan kerajaan.

Secara tidak langsung, membolehkan Bahagian

Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan

Malaysia memperkasa jaringan strategik di antara

jabatan kerajaan dan media-media arus perdana di

negara ini, selain mendekati masyarakat Sabah.

Pemandangan dari arah laut menghala ke kawasan penempatan

masyarakat Pala’u di Pulau Sibuan.