Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  21 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 32 Next Page
Page Background

19

Sebab itu, kita amat teruja rakyat Thai yang bukan

Siam. Agenda negara telah berjaya menampakkan

dan menonjolkan keikhlasan mereka. Bila berjumpa

raja Siam, terus meniarap, seperti orang Siam. Kita

masih terlalu jauh. Mengangkat sembah hormat,

jauh sekali. Malah, peranan institusi dan beraja turut

dipersoalkan.

Sempena menyambut Hari Kebangsaan ini,

saya menyeru kepada kita semua, agar juga dapat

menerima perpaduan itu juga adalah persamaan,

bukan hanya perpaduan dalam kepelbagaian dengan

pendekatan adapt and adopt.

Kedua, contohilah tiga bekas Perdana Menteri

Thailand, Thaksin Shinawatra (juga adiknya, Yingluck)

dan Chuan Leekpai, bekas Presiden Filipina Corazon

Aquino, serta Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja

Purnama, kesemuanya berketurunan Cina.

Kenapa semua pemimpin di atas boleh diterima

oleh penduduk asal, walaupun mereka berbeza

bangsa? Jawapannya mudah, mereka telah menjadi

orang tempatan. Jika persoalan bangsa dibangkitkan,

mereka akan meletakkan nama negara/bangsa asal

terlebih dahulu. Perpaduan itu adalah persamaan.

Ketiga, perlembagaan Negara hendaklah difahami

sedalam-dalamnya dan dijadikan tunggak hidup

bernegara. Agenda negara seperti, Bahasa Melayu

mesti dikuasai oleh rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum. Semua sekolah hendaklah memperkasakan

BM, apa jua aliran mereka. Begitu juga dengan

agensi awam dan swasta. Tindakan hendaklah

diambil terhadap mereka yang tidak mendaulatkan

agenda negara.

Keempat, Sekolah Wawasan yang boleh

menyatukan kaum sejak dari kecil hendaklah

diperbanyakkan, berbanding sekolah berasaskan

kaum. Kanak-kanak tidak boleh dipisahkan sejak

dari kecil. Mereka mesti bercampur untuk saling

kenal-mengenal antara satu sama lain.

Akhirnya, saya amat yakin, jika langkah-langkah

untuk mendekatkan perbezaan ini diambil, semakin

ramai Cikgu Wong yang dapat kita lahirkan daripada

menjadi ultra kiasu. Pendek kata, perpaduan dalam

kepelbagaian akan menjadi realiti jika ramai orang

seperti Cikgu Wong. Jika tidak, ianya hanyalah

satu ilusi.

M

...kita tidak boleh merasa selesa atau

komplesen (complacent). Kita mesti

berusaha untuk memadamkan api secara

keseluruhan tanpa meninggalkan bara.

Dibimbangi, bara yang masih belum padam,

disimbahi api, akan menyala semula. Telah

pun berlaku dan ia tidak mustahil.