Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  31 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 31 / 32 Next Page
Page Background

1 MAY - 31 OCTOBER 2015

Diterbitkan oleh:

KEJAYAAN PAVILION MALAYSIA

Pavilion Malaysia telah diiktiraf sebagai ketiga terbaik dari segi reka bentuk dalam kalangan

145 negara dan tiga badan antarabangsa yang menyertai ekspo berprestij ini. Penyertaan

Malaysia dalam ekspo yang dianjurkan lima tahun sekali sejak 1914, berjaya menjenamakan

semula nama negara di peringkat antarabangsa.

Antara produk tempatan dari Malaysia yang berjaya diperkenalkan dan diberi pencerahan

dalam ekspo ini ialah minyak kelapa sawit. Sebelum ini, minyak kelapa sawit didakwa sebagai

racun dan sebagai punca penebangan hutan. Walau bagaimanapun, ia berjaya diperjelaskan

bahawa pembangunan ladang sawit di negara ini disusuli proses penanaman semula dan

kelestarian hutan serta pengekalan sumber biodiversiti.

Justeru, penyertaan Malaysia dalam ekspo ini dijangka dapat memberi kesan positif dari

segi meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan Negara-negara Eropah.