25
cinta kepada Negara, orang ramai menyahut seruan
tersebut dengan menghias rumah mereka dengan
Jalur Gemilang pelbagai saiz dan susun atur. Ada juga
di antara mereka menjadikan bahan terbuang seperti
tin dan botol minuman sebagai Jalur Gemilang yang
dicat mengikut warna asal Jalur Gemilang. Mereka
yang berkenderaan pula menghias sama ada kereta,
motosikal, van, lori dan sebagainya dengan Jalur
Gemilang. Sepanjang bulan kemerdekaan seluruh
rakyat menyambut baik kempen ini dengan pelbagai
cara dilakukan. Di segenap pelusuk sama ada di
bandar atau luar bandar rakyat bersatu menjayakan
kempen ini. Senario ini jelas menzahirkan bahawa
rakyat terlalu amat mencintai bumi yang bergelar
Malaysia.Tak kira warna kulit, agama dan bangsa
rakyat terus mewarnai kempen ini dengan mengibar
Jalur Gemilang tak kira di rumah, bangunan, kedai,
kenderaan dan pelbagai lokasi.
Kejayaan kempen kibar Jalur Gemilang ini terletak
kepada komitmen kita sebagai rakyat Malaysia. Untuk
itu marilah kita sama-sama menzahirkan rasa cinta
kita kepada bumi yang bernama Malaysia dengan
menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang.
Marilah kita menjadi orang yang di hadapan dalam
menjayakan kempen ini sama ada kita dibekalkan
dengan Jalur Gemilang percuma atau pun tidak itu
bukan persoalannya. Matlamat kita ialah memastikan
bumi Malaysia ini diwarnai dengan kibaran Jalur
Gemilang. Sebagai rakyat Malaysia kitalah yang
bertanggungjawab menyemarakkan kempen ini,
Malaysia #sehatisejiwa.
M




