17
Justeru, kita tidak boleh merasa selesa atau
komplesen (complacent). Kita mesti berusaha
untuk memadamkan api secara keseluruhan tanpa
meninggalkan bara. Dibimbangi, bara yang masih
belum padam, disimbahi api, akan menyala semula.
Telah pun berlaku dan ia tidak mustahil.
Realiti yang ada semakin ketara, setiap bangsa
pentingkan diri masing-masing. Memperjuangkan
agenda kaum masing-masing. Sentuh sahaja sedikit
hak mereka, melenting tidak tentu pasal. Isu-isu
sensitif semakin tidak lagi menjadi sensitif, malah
dibincang secara terbuka. Misalnya, kedudukan
agama Islam dan juga agama lain, hak istimewa
orang Melayu dan Bumiputera dan sebagainya.
Mungkin kisah Cikgu Wong, 60 tahun, seorang
ibu beragama Buddha dari Putatan, Sabah, yang
sanggup membesarkan 2 anak Melayu ‘terbuang’
dan kekal sebagai seorang Islam, boleh dijadikan
teladan untuk rakyat Malaysia.
Anak-anak yang dididik tidak pengaruhi mengikuti
agamanya. Terima kasih Cikgu Wong. Andalah ibu
1Malaysia. Sifat anda sukar untuk dicari kalangan
ultra kiasu di Semenanjung. Tidak hairan jika
perpaduan di sana jauh lebih baik dari di sini. Bahasa
Melayu Cikgu pasti hebat.
Amat terharu sekali mendengar kata-kata Cikgu
Wong ini. “Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya.
Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih
bayi. Ridzuan ditinggalkan dalam kotak di tempat
buang sampah, manakala Jefri pula ditinggalkan
oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada
saya untuk dijaga.
Walaupun insiden-insiden kecil masih ada berlaku seperti Peristiwa Kampung
Medan, Petaling Jaya (2001), Peristiwa Kampung Rawa, Pulau Pinang (1998) dan
terbaharu, insiden di Plaza Low Yat. Tetapi tidaklah seserius Peristiwa 13 Mei 1969.
Ini menunjukkan bahawa kita berjaya memadamkan api perkauman, tetapi tidak
sepenuhnya, baranya masih ada.
Peristiwa 13 Mei 1969




