Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  20 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 32 Next Page
Page Background

18

MENTARI

OGOS

2015

UMUM

“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya

kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi

ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa

bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan

pastikan mereka makan makanan yang halal dan

kami menggunakan pinggan yang berasingan”.

Oh! Cikgu Wong, alangkah bertuahnya Malaysia

jika ramai warganya sepertimu. Saya pasti akan

mencari Cikgu Wong jika berkesempatan pergi

Putatan, Sabah.

Kepelbagaian ini patut dicontohi oleh seluruh

rakyat Malaysia. Apa resepi Cikgu Wong? Jawapannya,

kerana Cikgu Wong menghormati agenda negara dan

menghormati perlembagaan yang meletakkan Islam

sebagai agama persekutuan.

Dalamkata lain, Cikgumenghormati kepelbagaian,

pada masa sama mencari persamaan. Pendek kata,

perpaduan itu wujud dalam kepelbagaian, tetapi

pada masa sama tidak menolak perpaduan itu

adalah juga kebersamaan. Cikgu Wong sanggup

berkorban untuk mendekatkan perbezaan kepada

persamaan. Saya juga amat yakin peranan Bahasa

Melayu turut menyatukan Cikgu Wong dan anak-

anak angkatnya itu.

Tidak seperti sebahagian kita di sini, yang saya

labelkan dengan kumpulan ultra kiasu. Hidup tidak

langsung mahu berkongsi atau mencari persamaan.

Agenda kebangsaan tidak disambut. Misalnya,

ketika pembukaan Parlimen. Kebiasaannya, pakaian

kebangsaan akan dipakai. Tidakkah nampak indah

dan cantik jika semua berpakaian baju kebangsaan,

baju Melayu? Kenapa ada yang memakai blazer dan

tali leher?

Adalah suatu yang silap jika kita berkata pakaian

baju Melayu itu adalah untuk orang Melayu. Itu

adalah pakaian kebangsaan. Saya lebih suka melihat

setiap etnik (pemimpin) mengenakan pakaian etnik

masing-masing daripada mengenakan blazer dan tali

leher. Lebih baik berakulturasi cara hidup Malaysia

daripada cara hidup barat.

Walaupun berstatus wakil rakyat, hidup

perkauman, tidak mahu berakulturasi, jauh lagi

berasimilasi. Bahasa Melayu tonggang-langgang.

Semua ini mengingatkan saya ketika zaman remaja

saya, melihat agak ramai penyanyi bukan Melayu

menyanyi lagu-lagu Melayu seperti DJ Dave (Irwan

Shah), Alley Cats, Kenny, Remy dan Martin, Francisca

Peters dan Roy, Andre Goh dan ramai lagi. Mereka

ini amat dekat dengan hati dan diri orang Melayu.

Kenapa hari ini tidak ya?

Bukan kerana tidak ada penyanyi bukan Melayu

menyanyi lagu Melayu hari ini. Ada. Sudah tentu

tidak seramai dahulu. Namun, walaupun mereka

menyanyi lagu Melayu, tetapi kita tidak berasa

mereka ini dekat di hati. Pasal apa?

Jawapan mudah, artis dulu sanggup berasimilasi

dan menghayati lagu Melayu tersebut, selain dekat

dengan orang Melayu. Mereka seolah-olah seperti

orang Melayu. Hari ini susah sangat hendak melihat

keadaan sebegitu. Menyanyi lagu Melayu semata-

mata bagi tujuan komersial atau mendapat duit.

Tidak ada penghayatan langsung terhadap lagu

Melayu tersebut. Lagu sekadar hafalan. Sebab itu,

kita lihat bila menyanyi, tidak ada penjiwaan. Lagu

sedih, mimik muka senyum. Lagu ceria, mimik muka

tidak ceria. Itulah ultra kiasu dalam nyanyian.

Justeru, dalam usaha melahirkan rakyat

1Malaysia, beberapa pendekatan berikut hendaklah

diberi perhatian. Pertama, jika tidak mahu

berasimilasi, sekurang-kurang kita berakulturasi,

menyesuaikan dan menerima pakai (adapt and

adopt). Jika terus-menerus mahu mempertahankan

identiti bangsa, bahasa dan sekolah masing-masing,

sampai bila-bilapun kita tidak akan dapat lahirkan

rakyat 1Malaysia.

Justeru, dalam usaha melahirkan

rakyat 1Malaysia, beberapa pendekatan

berikut hendaklah diberi perhatian.

Pertama, jika tidak mahu berasimilasi,

sekurang-kurang kita berakulturasi,

menyesuaikan dan menerima pakai

(adapt and adopt).