Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  18 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 32 Next Page
Page Background

16

MENTARI

OGOS

2015

UMUM

S

emua orang akan teruja dan memuji kata-

kata “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity

in diversity) atau Malaysia sesungguhnya Asia

(Malaysia truly Asia). Memang sedap didengar. Sedap

juga dijual dalam pakej pelancongan. Melancong ke

Malaysia seolah-olah melawat negara-negara Asia.

Makanan pelbagai, bahasa pelbagai, seni budaya

pelbagai, seni reka pelbagai dan banyak lagi. Pendek

kata, macam-macam ada.

Namun, realiti menunjukkan, kepelbagaian masih

sukar untuk menyatukan, terutama dalam konteks

hubungan kemanusiaan. Jurang kepelbagaian itu

agak besar, sehingga kelihatan jaraknya. Jarak

inilah yang memisahkan, sehingga timbul pelbagai

persepsi negatif.

Bayangkan kehidupan suami isteri. Dua insan

berbeza cara hidup dan jantina disatukan dengan

ikatan perkahwinan. Kepelbagaian sememangnya

wujud. Tetapi kepelbagaian itu tidak menjarakkan.

Mereka semakin dekat. Masing-masing sanggup

berkorban (ego) agar bertambah dekat dan intim.

Wujud kepelbagaian, tetapi jarak semakin dekat.

Dalam kata lain, kepelbagaian dapat diuruskan.

Jika gagal diuruskan, maka berlaku perpisahan atau

perceraian.

Menguruskan etnik bukanlah semudah yang

disangka kerana melibatkan ramai orang. Apatah lagi

berbilang etnik. Semua sedia maklum, kebanyakan

negara di dunia ini (lebih 190 negara bangsa)

bersifat sebangsa (homogenous). Dalam kata lain,

perpaduan kepada mereka lebih mudah kerana

perpaduan adalah persamaan (unity is uniformity).

Itupun masih ada yang tidak berjaya diuruskan.

PERPADUAN

DALAM

KEPELBAGAIAN:

antara realiti

dan ilusi

Oleh: Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Felo Utama, INSPIRE, UniSZA, Terengganu

Negara seperti Malaysia, berbilang etnik (60

Islam-40 bukan Islam), tidak banyak, berbanding

negara sebangsa. Perbandingan mungkin boleh

dibuat dengan Fiji, Sri Lanka dan lain-lain. Kita

pernah dikejutkan dengan Peristiwa 13 Mei 1969,

tetapi telah berjaya diuruskan dengan pelaksanaan

pelbagai program, seperti Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dan lain-lain dasar, dalam usaha mencari

persamaan dan menghormati perbezaan.

Hari ini sudah 58 tahun merdeka, kita telah

berjaya menguruskan kepelbagaian dengan

wujudnya perpaduan. Walaupun insiden-insiden

kecil masih ada berlaku seperti Peristiwa Kampung

Medan, Petaling Jaya (2001), Peristiwa Kampung

Rawa, Pulau Pinang (1998) dan terbaharu, insiden

di Plaza Low Yat. Tetapi tidaklah seserius Peristiwa

13 Mei 1969. Ini menunjukkan bahawa kita

berjaya memadamkan api perkauman, tetapi tidak

sepenuhnya, baranya masih ada.