14
MENTARI
OGOS
2015
KOLUMNIS
Sejak ETP dilaksanakan,
peluang pekerjaan meningkat dan
kadar pengangguran menurun.
PELUANG PEKERJAAN MENINGKAT, DEFISIT
FISKAL BERKURANGAN
Sejak ETP dilaksanakan, peluang pekerjaan
meningkat dan kadar pengangguran menurun. Pada
tahun 2010, sejumlah 1.8 juta pekerjaan baharu
diwujudkan dengan 1.5 juta peluang pekerjaan
dalam sektor NKEA. Kadar pengangguran menyusut
daripada 3.7 peratus (2009) kepada tiga peratus
pada bulan Disember 2014.
Selain itu, defisit fiskal berkurangan daripada 6.7
peratus pada tahun 2009 kepada 3.5 peratus pada
tahun 2014. Pada tahun 2015 kerajaan menyasarkan
pengurangan defisit negara kepada 3.2 peratus.
Pengurangan defisit adalah kesan daripada langkah
merasionalisasikan subsidi (sejak Oktober 2013), di
samping pelaksanaan mekanisme penentuan harga
apungan terurus untuk bahan api.
Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 pula dilihat
mampu meningkatkan hasil kerajaan yang dapat
digunakan untuk memperluas pembangunan
infrastruktur dan modal insan, serta menambah baik
jaringan keselamatan sosial negara. Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yangmerupakankaedah rasionalisasi
subsidi pukal untuk golongan yang memerlukan adalah
contoh jaringan keselamatan sosial.
Hakikatnya, peningkatan hasil kerajaan kesan
daripada pelaksanaan ETP dan pembaharuan fiskal
membolehkan kerajaan meningkatkan pembangunan
dan taraf kehidupan rakyat. Ini termasuk
mempertingkatkan pembangunan luar bandar,
meningkatkan kemudahan dan taraf kesihatan
rakyat, mempertingkatkan pengangkutan awam
bandar, mempertingkatkan taraf hidup Isi Rumah
Berpendapatan Rendah, menangani kos sara hidup
rakyat melalui pelbagai insentif dan pemberian serta
pelbagai faedah yang lain.
Perlu difahami bahawa kejayaan transformasi
ekonomi itu adalah juga kesan daripada pelaksanaan
program transformasi kerajaan (GTP) di mana sektor
awamtelahmemainkan peranan yang cukup berkesan
dalam menjayakan dasar-dasar baru ekonomi yang
diperkenalkan itu. GTP menekankan keberkesanan
sistem penyampaian telah berjaya mengurangkan
karenah birokrasi dengan memperkenalkan pelbagai
inovasi dan pendekatan baharu yang memberi
banyak kemudahan kepada pelaburan asing dan
aktiviti perniagaan beroperasi di negara ini.
Pun begitu, cabaran tetap dihadapi negara.
Situasi ekonomi global yang tidak menentu serta
beberapa krisis yang berlaku di dunia sedikit sebanyak
menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Ini
termasuk penurunan harga minyak mentah dunia yang
turut menjejaskan nilai mata wang negara. Namun,
Gabenor Bank Negera Malaysia (BNM), Tan Sri Dr.
Zeti Akhtar Aziz dalam kenyataannya menjelaskan
bahawa kesan perubahan nilai ringgit terhadap
negara pada masa ini adalah terurus. Menurut beliau,
kemerosotan nilai mata wang ketika ini turut dihadapi
negara-negara lain, terutama negara pengeksport
komoditi. Pada asasnya, sistem kewangan negara
bersifat matang serta mampu bertahan terhadap
sebarang ketidaktentuan ekonomi semasa.
M




