Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  14 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 32 Next Page
Page Background

12

MENTARI

OGOS

2015

KOLUMNIS

P

ada tahun 2009 ekonomi Malaysia berada

dalam keadaan agak lemah kesan krisis mata

wang serantau 2007/08. Pelaburan Langsung

Asing (FDI) ketika itu telah jatuh, manakala daya

saing negara pula merosot menyebabkan kedudukan

Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini

semakin lemah. Laporan

Global Competitiveness

Index

2010 menyatakan kedudukan daya saing kita

jatuh ke nombor 24 dari kedudukan nombor 21

sebelumnya. Di antara punca kemerosotan daya

saing negara adalah disebabkan ramai tenaga

kerja mahir dan berpengetahuan tinggi berhijrah

keluar negara sehingga meletakkan situasi modal

insan kita berada pada tahap yang kritikal. Negara

hanya memiliki 20 peratus sahaja tenaga kerja

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ketika itu.

Kesannya, pengeluaran produk dan perkhidmatan

yang berkualiti kita menjadi merosot dan daya saing

kita di pasaran global menjadi lemah. Pertumbuhan

produktiviti yang lemah juga menggambarkan

bahawa negara masih kekurangan dalam aspek

inovasi, terutama inovasi dalam sektor perindustrian

dan sektor eksport. Apabila Dato’ Sri Mohd Najib

TRANSFORMASI EKONOMI

LANGKAH STRATEGIK

perkukuh ekonomi negara

Oleh: Mohd Ayop Abd Razid

Penganalisis Media BPDN

Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri

(2009), beliau mula melaksanakan beberapa langkah

strategik untuk memulihkan dan membawa kembali

ekonomi negara ke landasan yang betul.

Langkah itu memerlukan anjakan dan pendekatan

baru yang lebih realistik selari dengan perubahan dan

tuntutan ekonomi global. Hasilnya lahirlah beberapa

pembaharuan dalam sektor ekonomi seperti

dasar liberalisasi ekonomi, Model Baru Ekonomi

(MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan

pembaharuan fiskal seperti rasionalisasi subsidi dan

pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kini, dasar-dasar terbabit semakin menampakkan

kesan kejayaan walaupun berhadapan dengan

cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Tonggak paling utama dalam transformasi ekonomi

ialah ETP. ETP yang diperkenalkan pada tahun 2010

dilihat satu langkah dinamik yang selari dengan

tuntutan dan perubahan ekonomi global. ETP

merupakan program transformasi ekonomi yang

bertujuan melonjak pertumbuhan ekonomi mapan

untuk membawa Malaysia mencapai status negara

maju menjelang tahun 2020.

ETP memberikan penekanan kepada 12 bidang

Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA). NKEA

terbabit ialah minyak, gas dan tenaga, minyak sawit,

pertanian, elektrik dan elektronik, pelancongan,

pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan

kewangan, kandungan komunikasi dan infrastruktur,

perkhidmatan perniagaan, pemborongan dan

peruncitan dan Greater Kuala Lumpur (Klang Valley).

Sebagai pencetus dan penggerak transformasi,

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan

pasukannya telah bekerja keras untuk meyakinkan

para pelabur luar melalui beberapa siri lawatannya

ke luar negara. Hasilnya, keyakinan pelabur luar

terhadap potensi Malaysia sebagai destinasi

pelaburan yang menguntungkan terus meningkat.