13
Laporan Persidangan dan Pembangunan Bangsa-
bangsa Bersatu (UNCTAD) yang dikeluarkan pada
Jan 2011 menyebut FDI Malaysia pada tahun 2010
bernilai AS$7 bilion (RM21.30 bilion) berbanding
AS$1.4 bilion tahun 2009.
Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Economist
Intelligence Unit (FIU) tentang “Worldwide Cost
of Living” pada tahun 2011 meletakkan Malaysia
di tangga ke-88 destinasi paling mahal di dunia,
berbanding kedudukan ke-95 pada tahun 2009.
Menurut kajian tersebut kedudukan Malaysia yang
lebih baik itu adalah didorong oleh pertumbuhan
ekonomi negara yang memberangsangkan.
Pencapaian itu telah membuktikan bahawa
pelaksanaan projek-projek ETP telah memberi impak
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun
2010, Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) negara
berada pada paras 7.4 peratus. Ia adalah kesan
daripada pelaksanaan ETP. Berdasarkan pelaksanaan
projek-projek ETP yang memberangsangkan,
keupayaannegaramenarikmasukFDI sertapelaburan
domestik berjaya mengekalkan pertumbuhan pada
kadar sederhana.
Sejak tahun 2011 pertumbuhan menunjukkan
trend
yang agak baik dalam lingkungan empat hingga
enam peratus. Laporan ETP 2014 menunjukkan 10
pencapaian utama iaitu: pertumbuhan ekonomi
stabil; negara menghampiri pendapatan tinggi;
peluang pekerjaan meningkat; sumbangan pelaburan
swasta meningkat; langkah konsolidasi fiskal berjalan
lancar; hasil kerajaan meningkat; ekonomi pasaran
modal teguh; penggunaan swasta meningkat; dan,
pengiktirafan global yang berterusan.
KDNK pada tahun 2014 adalah enam peratus
melangkaui ramalan pakar ekonomi dan Bank
Dunia, yang menjangkakan pertumbuhan KDNK
sebanyak 5.7 peratus, sedangkan ekonomi global
tidak pernah mencecah empat peratus sejak
tahun 2007. Ia membuktikan ekonomi negara
berada pada kedudukan yang kukuh. Pendapatan
negara kasar (PNK) per kapita tumbuh sebanyak
47.7 peratus daripada US$7,059 pada tahun
2009 kepada US$10,4268 pada tahun 2014. Ini
bermakna negara menghampiri status negara
berpendapatan tinggi.
Pencapaian positif ini adalah sebahagian
besarnya disebabkan tumpuan kepada NKEA yang
menyumbangkan 68 peratus daripada jumlah
sumbangan PNK 2014.
Situasi ekonomi global yang tidak
menentu serta beberapa krisis yang
berlaku di dunia sedikit sebanyak
menjejaskan pertumbuhan ekonomi
negara. Ini termasuk penurunan harga
minyak mentah dunia yang turut
menjejaskan nilai mata wang negara.




