DARI NOTA MENTARI
Sambutan Hari Kebangsaan 2015
bertemakan Malaysia #sehati sejiwa. Tema
ini memberi makna yang cukup positif dalam
memperkukuhkan semangat patriotisme
rakyat. ‘Patriotisme’ adalah roh utama
dalam sambutan Hari Kebangsaan mana-
mana Negara sekali pun. Ia adalah perkara
berkaitan perasaan sayang dan cintakan
Negara. Patriotisme melambangkan perasaan
‘sehati sejiwa’ rakyat dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air ini.
Perasaan dan semangat ‘sehati sejiwa’
ini akan mendorong seluruh rakyat berpadu
tenaga membangun dan memajukan tanah air
tercinta ini dalam kerangka wawasan nasional
(Wawasan 2020) untuk menjadikan Negara
ini sebuah Negara maju berpendapatan tinggi
menurut acuannya tersendiri.
Hakikatnya, tema ‘sehati sejiwa’ memiliki
potensi spiritual yang boleh membina solidariti
dan semangat pengorbanan yang tinggi
dalam kalangan rakyat. Selama ini, kita telah
diuji dengan berbagai peristiwa yang boleh
mengancam kedaulatan Negara tercinta ini.
Namun, terbukti bahawa solidariti masyarakat
kita begitu kuat dan sukar untuk dirobek oleh
musuh-musuh.
KANDUNGAN
FOKUS
4
Sehati Sejiwa
KOLUMNIS
8
Perjuangan Bangsa Contohi
Watak Positif Hang Tuah
10
‘Malaysia #sehatisejiwa’
Perkukuh Solidariti Nasional
12
Transformasi Ekonomi Langkah
Strategik Perkukuh Ekonomi
Negara
UMUM
16
Perpaduan Dalam Kepelbagaian:
Antara Realiti dan Ilusi
20
“Cukuplah pengalaman hidup
dalam ketakutan”
24
Zahir Rasa Cinta Negara dengan
Kibar Jalur Gemilang
26
Semarak Hari Kebangsaan 2015
M E N T A R I
O G O S
2 0 1 5




