Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  10 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 10 / 32 Next Page
Page Background

8

MENTARI

OGOS

2015

KOLUMNIS

H

ang Tuah adalah hulubalang Melayu (Melaka)

yang terkenal. Watak Hang Tuah boleh

kita cungkil dan fahami dalam dua buah

magna opus sastera Melayu yang terkenal, iaitu

Sejarah Melayu (SM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT).

Watak Hang Tuah bukan sahaja menggambarkan

kehebatan dan kecemerlangan kerajaan Melaka

yang didukungnya tetapi juga menonjolkan mesej

perjuangan bangsa yang begitu tinggi nilainya.

Biarpun kisah Hang Tuah tergolong dalam kategori

sastera legenda bercampur mitos, namun ia tetap

mempunyai akar dan nilai sejarah yang diperakui

oleh tokoh sasterawan dan sejarawan Barat dan

tempatan.

Pengkaji Barat seperti C. Hooykaas menyatakan

HHT sebagai ‘Malay Legendary Novel’ mempunyai

unsur sejarah. R.O. Winstedt pula memasukkan HHT

dalam “Malayo-Javanese Romance” kerana unsur-

unsur hero dalam hikayat itu dibina atas unsur-unsur

hero dalam Hikayat Panji. Sasterawan tempatan

seperti Kassim Ahmad pula menggolongkan HHT

dalam golongan epos kerana terdapat unsur epik

berdasarkan luasnya alam penceritaan dan sifat

kemanusiaannya.

Apapunhuraianyangdiberikanolehpengkaji, kisah

mengenai Hang Tuah sudah menjadi kebanggaan dan

begitu sebati dengan masyarakat Melayu. Walaupun

SM tidak menggambarkan selengkap-lengkapnya

watak Hang Tuah tetapi di dalam HHT, watak dan

peribadinya diceritakan dengan lanjut sejak dari kecil

hingga ke zaman tuanya.

Banyak watak positif yang boleh kita ambil dan

pelajari dari watak Hang Tuah itu. Antaranya, Hang

Tuah adalah sosok peribadi yang berbakat, gagah

berani, cerdik, cekal, tabah, berprinsip, taat setia dan

sedia berkorban untuk bangsa, agama dan negara.

PERJUANGAN

BANGSA

CONTOHI

WATAK POSITIF

HANG TUAH

Oleh: Mohd Ayop Abd Razid

Penganalisis Media BPDN

Salah satu kisah Hang Tuah yang dapat

menggambarkan nilai kehebatan yang ada pada

dirinya ialah kisah ketika Hang Tuah dan kawan-

kawannya (ketika meningkat remaja) belayar dan

bertarung dengan lanun. Penghulu Batin ketika

memberitahu Bendahara tentang kisah Hang

Tuah dan kawan-kawannya bertarung dengan

lanun berpendapat Hang Tuah mempunyai sifat

keperwiraan, kebijaksanaan dan kecekalan yang

cukup tinggi.

Dalam insiden itu, Hang Tuah sejak zaman remaja

telah menunjukkan bakat sebagai seorang ketua

yang berani, cerdik, pintar serta menguasai suasana

dan situasi genting. Hang Tuah memperlihatkan

keperwiraannya, tahu bermain senjata, hatinya cekal

dankepandaian berkomunikasi. Namun, dalam masa

yang sama ia mempunyai watak yang lemah lembut

dan merendah diri tetapi akan bertegas apabila

keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Sepanjang perkhidmatannya kepada kerajaan

(Sultan) Melaka, Hang Tuah bukanlah seorang

yang gila kuasa. Hang Tuah tidak membolot semua

peranan utama dalam segenap peristiwa dan

kejadian. Contohnya, Hang Tuah tidak menjadi ketua

rombongan tetapi hanya digambarkan sebagai

pengiring Sultan Mansor Shah ke Majapahit untuk

meminang Radin Galoh. Walaupun tidak bertindak

sebagai ketua (pemimpin) rombongan tetapi Hang

Tuah tetap diceritakan sebagai hulubalang harapan

ketika berada di Majapahit.

Sifat seperti inilah patut dicontohi oleh kita,

terutama para pejuang bangsa. Biar di mana pun

kedudukan kita tetapi hendaklah menjadi harapan

negara, bangsa dan agama. Jika kita berada dalam

perjuangan parti atau organisasi awam atau swasta

maka janganlah kita asyik mengejar jawatan dan