4
MENTARI
OGOS
2015
FOKUS
Oleh: Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
MUKADIMAH
T
ahun ini kita akan menyambut hari kebangsaan
yang bertemakan
Malaysia #sehatisejiwa
.
Seringkali pemilihan tema hari kebangsaan
menjadi paparan kepada umum akan peri pentingnya
memahami pengalaman, cabaran dan masa depan
Negara bangsa ini. Sejarah, watan dan wawasan ini
menjadi tunjang kekuatan, ancaman, peluang dan
muhasabah agar yang dibina tidak roboh sekelip
mata; yang ampuh tidak runtuh kerana desakan
dalaman dan luaran.
Sekali imbas, pengalaman dan cabaran negara
ini yang dihuni oleh masyarakat berbilang etnik
untuk sekian lamanya menjadi acuan Malaysia
#sehatisejiwa tema kali ini. Hakikatnya, demografi
Sehati Sejiwa




