Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  5 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 5 / 32 Next Page
Page Background

3

Bentuk HATI

merupakan perlambangan kesatuan

rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam

aman, toleransi dan harmoni.

BULAN

pula adalah metafora keluhuran Islam

sebagai agama rasmi negara manakala

BINTANG

pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah

negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA

Malaysia menggambarkan keakraban semua

negeri di bawah payung negara.

GARIS MERAH

di bawah adalah imejan rakyat

Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping

rentetan warna BIRU, MERAH PUTIH, KUNING

yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang

kebanggaan rakyat Malaysia.

Malaysia #sehatisejiwa

adalah cerminan

roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan

kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia

negara tercinta. Kesenadaan Malaysia #sehatisejiwa

setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus

menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan

nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan,

adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

2015 bertemakan Malaysia #sehatisejiwa mampu

menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan

sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia

akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang

menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian

dan perpaduan bangsa Malaysia. Malaysia

#sehatisejiwa adalah titian hubungan - yang jauh di

dekat, ukhuwah dipererat. Selamanya…

T E M A

L O G O