pangkat semata-mata. Apa pun kedudukan kita
sama ada di peringkat atas mahupun peringat
pertengahan ataupun bawahan maka hendaklah kita
berwatak seperti Hang Tuah.
IngatlahkisahHangTuahdiMajapahit (tanahJawa).
Di saat kakinya menjejak bumi Majapahit, Patih Gajah
Mada dan Bentara Majapahit cuba membuat helah
untuk memalukan Hang Tuah dan Rajanya hingga
sampai ke peringkat membunuhnya. Namun, dalam
saat berhadapan dengan cabaran itulah Hang Tuah
memperlihatkan kualiti perwatakannya merangkumi
keperwiraan, keberanian, kecerdikan, keintelektualan,
kebijaksanaan, kesetiaan, kehandalan bermain
senjata serta berupaya menguasai peristiwa (isu)
dan suasana. Justeru, generasi muda wajar melihat
pahlawan Melayu itu sebagai lambang kehebatan
orang muda yang tangkas, berani dan bijaksana.
Kesimpulan, Hang Tuah adalah lambang dan
imej yang memadukan aspirasi dan semangat yang
berzaman. Justeru, tidak hairanlah kata-kata Hang
Tuah “Tidak Melayu Hilang di Dunia” turut dijadikan
pembangkit semangat nasionalisme Melayu pada
zaman penjajahan Inggeris. Pemahaman dan
penghayatan terhadap watak Hang Tuah boleh
dijadikan obor perjuangan bangsa supaya sentiasa
menyala dan dapat mengharungi badai yang semakin
mencabar.
Sekiranya kita mahu memastikan obor perjuangan
kita terus marak maka kita wajar mencontohi nilai-
nilai positif yang ada pada diri Hang Tuah. Inilah
maksud pantun yang disebut Tan Sri Muhyiddin
Yassin ketika merasmikan Persidangan Wanita,
Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan
Agung UMNO tahun lalu yang berbunyi:
Hebatnya Hang Tuah sehingga kini,
Kisahnya menjadi bualan zaman,
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi nyawa di kandung badan.
M
...tidak hairanlah kata-kata Hang
Tuah “Tidak Melayu Hilang di
Dunia” turut dijadikan pembangkit
semangat nasionalisme Melayu pada
zaman penjajahan Inggeris.
Jabatan Penerangan Malaysia merakamkan
ucapan tahniah atas pelantikan YB Senator Datuk
Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak,
58 tahun yang kini menjawat Menteri Komunikasi
Dan Multimedia, Malaysia mulai 29 Julai 2015.
Antara bidang tugas yang pernah disandang
oleh beliau ialah menjadi Menteri Kewangan
Sabah; Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Sabah dan Ketua Menteri Sabah yang
Ke-9.
Beliau turut bergiat aktif dalam bidang politik
dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua
UMNO P.169 Kota Belud, Pengerusi UMNO Sabah
dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri Sabah sejak tahun 1996 hingga
kini. Di samping itu, beliau turut terlibat dalam
dalam pertubuhan NGO dan pernah menjadi
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Presiden
Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB), anggota
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
juga Pengerusi FINAS pada tahun 2011.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PH.D)
Politik dan Kerajaan; Ijazah Sarjana (Master)
Sains Politik dan Kerajaan; Ijazah Sarjana Muda
(Bachelor) Sains Politik.
YB SENATOR DATUK SERI
PANGLIMA DR. MOHD SALLEH
TUN SAID KERUAK
Sekalung tahniah buat
9




