Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  12 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 12 / 32 Next Page
Page Background

10

MENTARI

OGOS

2015

KOLUMNIS

K

ehidupan berbangsa dan bernegara memiliki

maksud dan tujuan untuk mewujudkan

keselarasan dan kesejahteraan masyarakat

yang mendiami satu wilayah kenegaraan yang

mempunyai kedaulatan dan kemerdekaan yang

diiktiraf oleh masyarakat dunia. Pada dasarnya

Negara yang berdaulat mengamalkan satu sistem

politik tertentu seperti mengamalkan fahaman

demokrasi. Negara berdaulat juga mempunyai

hukum perundangan yang dapat mengatur

kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Setiap

negara juga memiliki visi dan misi membangun

kehidupan bangsanya yang progresif, maju dan

memiliki peradaban yang lebih baik dan maju.

Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang

ditunjangi oleh Raja Berperlembagaan. Kita juga

mempunyai ideologi yang menjadi asas pegangan

dan pedoman bermasyarakat dan bernegara,

iaitu Rukun Negara. Nilai-nilai etika, moral dan

agama turut menjadi pegangan dalam kehidupan

bermasyarakat. Undang-undang tertinggi Negara

ialah Perlembagaan Persekutuan.

Di segi wawasan pembangunan, Negara kita

bercita-cita menjadi Negara maju berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020. Perjalanan untuk

mencapainya dikenali sebagai Wawasan 2020

yang dianggap sebagai misi nasional. Negara kita

sudah dikenali di pentas dunia melalui penyertaan

dalam pelbagai organisasi antarabangsa. Suara

kita didengari dan peranan kita dalam memimpin

rundingan mengenai isu-isu penting pada peringkat

serantau dan global diiktiraf dan dihormati dunia.

Semua elemen tersebut melambangkan bahawa

Negara kita adalah sebuah Negara yang berdaulat

dan merdeka. Untuk mempertahan kedaulatan

dan kelangsungan negara maka ia menuntut kita

berkeyakinan tinggi serta cekal dalam menghadapi

cabaran. Pemimpin dan rakyat mesti ‘sehati sejiwa’

dalam menghayati wawasan negara. Perasaan

‘sehati sejiwa’ akan menjadikan kita kuat dan

berdaya tahan dalam mengharungi segala cabaran.

Ia wajar dijadikan prinsip kehidupan rakyat tanpa

mengira kaum dan agama.

Malaysia

#

sehati

sejiwa

perkukuh solidariti

nasional

Oleh: Mohd Ayop Abd Razid

Penganalisis Media BPDN

Suara kita didengari dan peranan

kita dalam memimpin rundingan

mengenai isu-isu penting pada

peringkat serantau dan global diiktiraf

dan dihormati dunia.