Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  8 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 8 / 32 Next Page
Page Background

6

MENTARI

OGOS

2015

Jiwa ‘sehati, sejiwa’ tidak hadir dengan sendirinya

dalam sebahagian daripada kita. Ia memerlukan

rasa tanggungjawab dalam kalangan pelbagai

pihak untuk menyemai, memupuk dan memastikan

ia berlangsungan dalam karenah sebilangan yang

rancak mencari kedamaian dunia ekonomi sehingga

alpa akan dominasi nilai karakter nasional yang

memagari dunia perjalanan negara-bangsa bernama

‘Malaysia’.

Tanggungjawab ke atas pembinaan perwatakan

‘sehati, sejiwa’ sebagai salah satu nilai ‘karakter

nasional’ perlu datang dari rumah. Dalam kita

membesarkan anggota keluarga dengan nilai

keagamaan dan keetnikan, tidak salah jika jiwa

Malaysia diangkat bersama dalam hati nurani

masing-masing. Sama ada sedar atau tidak, dalam

kegigihan mencari nafkah kehidupan, kita menjadi

masyarakat berorientasikan materialistik dan

individualistik berbanding dengan zaman kita negara

ini mula dibina.

Ibu bapa bertanggungjawab menyemarakkan

jiwaMalaysia; bukandengan sajian sejarahMalaysia

tetapi melentur keperibadian mempertahankan

kedaulatan Negara bangsa ini. Jika bukan kita,

siapa lagi? Begitu juga dengan guru di sekolah,

pensyarah di universiti, majikan di tempat bekerja;

kesemuanya ada peranan untuk memastikan

walaupun berbeza agama, etnik, kepercayaan,

gender dan fahaman politik serta stratifikasi kelas

masyarakat sekalipun; jangan kita bersedia untuk

‘menjual’ maruah negara kita.

Kita pernah mendengar mereka yang menyoal

mengenai bendera, lagu Negaraku dan ada juga

seronok perlekehkan negara di pentas dunia.

Biarkan mereka kerana dalam hati mereka saya

percaya mereka tidak akan dapat mencari pengganti

‘Malaysia’ yang terbuku dalam jiwa masing-masing

sejak dilahirkan. ‘Sehati, Sejiwa’ tidak semestinya

hanya ada pada yang menaikkan bendera Malaysia

atau memakai pakaian kebangsaan semata-mata

kerana dalam generasi hari ini; ia berbeza dengan

luahan generasi merdeka. Namun, dalam kalangan

generasi muda juga ada nilai ‘karakter nasional’ yang

tidak ditonjolkan secara fizikal tetapi dipertontonkan

dengan metodologi berbeza disesuaikan dengan

alam mutakhir.

Media juga mempunyai tanggungjawab besar

dalam menaikkan nilai ‘sehati’ sejiwa’. Media

bukan sekadar media konvensional kerana hari ini

media sosial juga amat penting untuk diterokai agar

menjadi tumpuan dominan generasi muda. Pengamal

media boleh mencari ruang kreatif untuk mendekati

golongan yang menjauhkan diri mereka dari nilai

ini dengan bertanggapan bahawa mereka tidak ada

fungsi sedangkan pengstrukturan Negara bangsa

amat memerlukan generasi ini bukan sahaja untuk

menggalas masa depan Negara tetapi lebih daripada

itu, golongan ini juga akan menjadi benteng, dinding

dan perisai kepada pembentukan ‘karakter nasional’

berjiwakan Malaysia di hati mereka.

Sesungguhnya, semangat ‘sehati, sejiwa’

memerlukan ikon atau idola serta contoh kepada

yang lain terutama dalam kalangan pemimpin kerana

pemimpin dilihat mempunyai ramai penyokong yang

menunjukkan kesetiaan kepada barisan kepimpinan.

Lantaran itu, fitrah manusia dilahirkan untuk saling

kenal-mengenali antara satu sama lain mesti menjadi

gagasan ke arah memperteguhkan perasaan ‘sehati,

sejiwa’ kerana nilai kemanusiaan melangkaui ciri-

ciri yang boleh menjadi petunjuk keterbatasan ke

atas membina nilai ‘bersama’, ‘muafakat’ ataupun

‘sepadu’ di bawah bumbung ‘satu keluarga besar’

bernama Malaysia.

PENUTUP

Pemilihan tema

Malaysia #sehatisejiwa

bertepatan

dengan latar demografi dan geografi yang rencam

dan kompleks. Yang mahu dilihat adalah sejauh

manakah masing-masing boleh hormat, faham dan

menerima di antara satu sama lain di samping

menjunjung ketertinggian Perlembagaan, fasih

menguasai Bahasa Malaysia dan bangga menjadi

warga Malaysia berjenamakan bangsa Malaysia.

Malaysia hari ini masih diwarnakan oleh

kepelbagaian yang memerlukan rasa tanggungjawab

dengan penuh kejujuran untuk menggapai rasa

kepunyaandalamdirimasing-masingyangmemanggil

dirinya sebagai orang Malaysia baik di Semenanjung,

Sabah dan Sarawak. Kompromi dan pengorbanan

berterusan dalam kalangan kita sebagai rakyat

Malaysia mampu untuk memapar kelangsungan jiwa

Malaysia dalam hati masing-masing walau apa jua

cabaran yang perlu didaki kerana ‘di mana bumi

dipijak, di situ langit dijunjung’. Ini juga namanya

jiwa dan hati MALAYSIA.

M

Sama ada sedar atau tidak,

dalam kegigihan mencari

nafkah kehidupan, kita menjadi

masyarakat berorientasikan

materialistik dan individualistik...

FOKUS