Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  4 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 4 / 32 Next Page
Page Background

Pun begitu, perlu diingat bahawa dewasa

ini kita berhadapan dengan berbagai cabaran

seperti cabaran – politik fitnah dan kebencian,

cabaranekonomi sehinggalahkepadaancaman

bencana alam dan ancaman ektremisme yang

semuanya menuntut semangat patriotisme

yang cukup tinggi dalam kalangan pemimpin

dan rakyat.

Pelbagai ancaman itu menguji potensi

dan kemampuan bangsa kita untuk terus

memperkukuhkan solidariti dan perpaduan

rakyat di Negara ini. Ia memerlukan

kesedaran dan dukungan dari semua pihak

untuk melaksanakan tanggungjawab bersama

secara kolektif bagi mengekalkan keamanan,

perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan

Negara.

Justeru, demi menzahirkan rasa syukur

kerana kita masih menikmati keamanan,

keharmonian dan kesejahteraan hidup

bermasyarakat dan berNegara dalam Negara

yang kekal berdaulat ini, maka, sama-samalah

kita menyambut hari Kebangsaan pada 31

Ogos ini dengan semangat ‘sehati sejiwa’.

Semangat ‘sehati sejiwa’ ini hendaklah

disematkan di hati setiap rakyat dengan

perasaan bertanggungjawab, bersama-sama

berganding bahu dengan kepimpinan Negara

bagi membangun dan memajukan Negara ini.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini

juga, sama-samalah kita memeriahkannya

dengan kibaran Jalur Gemilang yang

merupakan lambang kedaulatan dan

kemegahan Negara. Oleh itu, diharapkan

kefahaman dan penghayatan ‘sehati sejiwa’

dapatmewarnaiertisemangatHariKebangsaan

seterusnya mampu mempertingkatkan azam

dalam melaksanakan agenda pembangunan

Negara demi mencapai negara maju

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

M

Selamat membaca.

Masnoor bin Ashaari.

PENASIHAT

Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman

Ketua Pengarah

Jabatan Penerangan Malaysia

ibrahim@inform.gov.my

Ketua Editor

Masnoor bin Ashaari

masnoor@inform.gov.my

Editor

Ku Noor Azian binti Ku Azizan

kuazian@inform.gov.my

Editor Penyelaras

Hasnida binti Samsudin

hasnida@inform.gov.my

Kolumnis

Mohd Ayop bin Abd Razid

mabar@inform.gov.my

Foto

Pusat Sumber dan Fotografi

Jabatan Penerangan Malaysia

Pengedaran

Cawangan Pengurusan Maklumat & Unit Stor Bahagian

Khidmat Pengurusan dan Kewangan

Jabatan Penerangan Malaysia

Angkasapuri 50612 Kuala Lumpur.

Sebarang sumbangan karya dan pandangan amat dialu-

alukan. Artikel yang sesuai dan terpilih akan disiarkan.

Sila hantarkan sumbangan anda kepada:

Ketua Editor Mentari

Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN)

Jabatan Penerangan Malaysia

Aras 12, Kompleks KKMM

4G9, Persiaran Perdana Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya.

Tel: 03-8911 3441

Faks: 03-8911 4957

Pencetak

MPH Group Printing (M) Sdn Bhd

No. 31, Jalan 2/148A,

Taman Sungai Besi Industrial Park,

57100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-7987 0966

Faks: 03-7984 0966

Grafik

Dalila Kamarudin

delila.dali@gmail.com

B.026 (B.M) Ogos 2015 (030.)

SIDANG REDAKSI

MENTARI

BIL 2/2015