5
dan geografi sedemikian rupa menjadi asas kepada
dinding ‘kepunyaan’ yang melakar persekitaran alam
sekeliling kita merentasi Semenanjung, Sabah dan
Sarawak walaupun Malaysia hanya lahir pada tahun
1963. Tanpa asas kemerdekaan pada tahun 1957,
barangkali cetusan pemikiran untuk mewujudkan
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai negara di
rantau ini pada peringkat awal yang kemudiannya
hanya melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak
kekal bersama sukar direalisasikan.
Maka, kenyataan bekas Menteri Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad
Shabery Cheek bahawa ‘tema itu dipilih agar rakyat
Malaysia dapat membina semangat sehati sejiwa
tidak kiramereka berada di Semenanjung, Sabah atau
Sarawak’ perlu diberikan pengiktirafan sewajarnya.
Malahan, ia juga tidak akan menyebut bilangan ulang
tahunnya sebaliknya hanya dikenali sebagai ‘Hari
Kebangsaan 2015’ amat signifikan kerana acapkali
tahun 1957 dan 1963 yang mempunyai signifikasi
berbeza menimbulkan polemik hari kemerdekaan.
SEHATI , SEJIWA AMALAN BERSAMA
Yang
akan
membolehkan
kerencaman
kepelbagaian warna Malaysia kekal adalah ‘aspirasi’
nilai bersama berpusatkan kepada nilai toleransi,
hormat dan faham sebagaimana nilai ini menjadi roh
kepada hubungan antara etnik di negara ini.
Hatta, bila kita merujuk kepada tema
Malaysia
#sehatisejiwa
, asas kepadanya adalah ketiga-tiga
elemen ini agar ia tidak mencetuskan perasaan
etnosentrik, prejudis mahupun diskriminasi kerana
dalam mana-mana hubungan; yang diperlukan
adalah ‘kejujuran’ dan ‘keikhlasan’ tanpa menyoal
siapa yang perlu berkorban mahupun berkompromi.
‘Sehati, Sejiwa’ adalah sifat asal kepada ‘karakter
nasional’ yang memiliki ciri-ciri patriotisme dan
nasionalisme yang cintakan negara, akan sentiasa
bersedia berjuang demi tanah air dan tidak sama
sekali akan menggadai maruah Negara bangsa ini
untuk perjuangan yang songsang dengan lembayung
‘karakter nasional’ ini.
Ia juga merupakan manifestasi pembentukan
‘masyarakat kelas satu’ di sebuah negara kelas
pertama’. Malaysia dijangka akan dikelompokkan
dalam kalangan negara dunia pertama; negara-
negara yang dikategorikan sebagai ‘maju’ yang
mempunyai kemudahan, infrastruktur dan keyakinan
tinggi dari kalangan pelabur dan masyarakat
asing. Namun, sudah pasti ia wajar dihuni oleh
masyarakat yang bukan bermentaliti dunia ketiga
tetapi masyarakat yang dilabel sebagai ‘kelas satu’
yakni ada ilmu, kemahiran dan kebolehan tetapi
kesemuanya diselaputi dengan nilai keperibadian
mulia termasuk ada nilai ‘sehati, sejiwa’ ke atas
negara tercinta ini.
...‘tema itu dipilih agar rakyat
Malaysia dapat membina semangat
sehati sejiwa tidak kira mereka
berada di Semenanjung, Sabah
atau Sarawak’ perlu diberikan
pengiktirafan sewajarnya.




