7
Madah Bestari
Cinta Negara
“
Merdeka itu bukanlah suatu
benda yang mudah boleh didapat,
melainkan ialah dikehendaki
untuk mendapatkannya itu iaitu
pengorbanan yang sebenar
pengorbanan
…”
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia 1
(1957 – 1970)
“Marilah kita membanggakan
Negara kita dan sentiasa berjaga-
jaga supaya tidak dipengaruhi
oleh fahaman kebangsaan yang
sempit…”
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein,
Perdana Menteri Malaysia II
(1970 – 1976)
“Masa depan ekonomi Negara
tidak akan membawa apa-apa
makna jika keselamatan tidak
terjamin, keselamatan adalah
teras keutuhan ekonomi dan
kestabilan politik.”
Tun Hussein Onn,
Perdana Menteri Malaysia III
(1976 – 1981)
“Kita mesti giat serta
kemampuan untuk menjadikan
diri kita sebagai rakyat yang
cintakan Negara dengan segala
pengorbanan dicurahkan bagi
kebahagiaan Negara dan masa
depannya. Biarlah setiap Hari
Kebangsaan kita mencatit
kejayaan yang boleh dibanggakan
terhadap Malaysia yang kita
sayangi ini.”
Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia IV
(1982 – 2003)
“Marilah kita bersama-sama
menilai erti kemerdekaan dengan
cara yang berbeza, supaya
kita dapat menghayati nilai
kebebasan yang dikecapi.”
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia V
(2003 – 2009)
“Marilah kita selami dan
tanamkan semangat patriotisme
dengan mencintai tanah air.
Sesungguhnya, lambaian Hari
Kebangsaan mengundang dan
melukiskan pelbagai pemaknaan
dan pengertian buat kita semua
sebagai warga merdeka.”
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia VI




